Friday, March 1, 2013

Sejarah Penubuhan PLGDP Zon Timur Seri Tualang
 
Penubuhan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) merupakan suatu peningkatan dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras Lima PIPP iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan bagi melahirkan guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) diberi tanggungjawab melalui PLGDP ini bagi melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ditempat yang lebih kondusif dan mempunyai ciri-ciri privacy tersendiri. 

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan KPM Bil.4/2007 bertarikh 12 Jun 2007 mencadangkan Kuaters Pendidikan Guru (KIP) yang tidak berpenghuni atau kekurangan penghuni diambil alih oleh Bahagian-Bahagian KPM untuk dijadikan pusat latihan guru.

Mesyuarat  yang diadakan pada 24 Jun 2009 di antara BPG bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran telah meluluskan pengambilalihan KIP Seri Tualang untuk dijadikan PLGDP Zon Timur.

Pada 17 Ogos 2009, majlis penyerahan kuasa telah diadakan di antara PPD Temerloh dengan Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan untuk kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai PLGDP Zon Timur.

PLGDP Zon Timur telah mula beroperasi secara rasmi pada 01 Mac 2010.


 

No comments:

Post a Comment