Wednesday, March 27, 2013

KEM KECEMERLANGAN UPSR FASA 1

Tarikh Kursus : 16 - 17 Mac 2013
Bilangan Peserta : 85 orang
Anjuran : SJK(T) Mentakab, Pahang
 



Tuesday, March 26, 2013

MESYUARAT SEKSYEN GUNA TANAH DAN MESYUARAT SEKSYEN PEMULIHARAAN TANAH

Tarikh Kursus : 11 - 14 Mac 2013
Jumlah Peserta : 32 / 50 orang
Anjuran : Jabatan Pertanian Malaysia
 
 


Wednesday, March 13, 2013

BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2013

Tarikh Kursus : 06 - 08 Mac 2013
Jumlah Peserta : 60 orang
Anjuran : Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
 

 

 
 
 
 
 
 

KURSUS MENTORING PENSYARAH BARU

Tarikh Kursus : 05 - 07 Mac 2013
Jumlah Peserta : 35 orang
Anjuran : IPG Kampus Pendidikan Islam
 


 


 
 

 

Monday, March 4, 2013

PETA LOKASI KE PLGDP ZON TIMUR,SERI TUALANG


PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN KULIAH / BILIK KULIAH DAN BILIK MESYUARAT

1.  Sila dapatkan kunci dewan kuliah, bilik-bilik kuliah atau bilik mesyuarat di Pejabat Pengurusan.
 
2. Catatkan di dalam Buku Rekod tentang pengambilan dan pemulangan kunci di Pejabat Pengurusan.
 
3. Pastikan lampu, kipas angin dan air cond di tutup apabila selesai pada sesuatu sesi atau keluar bilik.
 
4. Laporkan sebarang kerosakan di dalam buku aduan kerosakan di Pejabat Pengurusan.
 
5. Jangan mengambil atau mengubah sebarang peralatan di dalam bilik tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan.
 
6. Utamakan kebersihan dan keselamatan sepanjang berada di PLGDP ini.

"Kerjasama Anda Mematuhi Peraturan Amat Dihargai dan Diucapkan Jutaan Terima Kasih"

 

 

 

 



 

PERATURAN PENGGUNAAN KOLEJ KEDIAMAN

1. Peserta wajib mendaftar di Pejabat Pengurusan Pentadbiran sebelum dibenarkan tinggal di bilik penginapan kolej kediaman.
 
2.  Hanya peserta kursus sahaja dibenarkan tinggal di unit kediaman.  Pelawat atau saudara mara adalah DILARANG  menginap di unit kediaman.
 
3. Setiap peserta bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik masing-masing.
 
4. Gunakan peralatan dan perabut dengan berhemah tanpa merosakkan dan disimpan atau diletakkan di tempat asalnya apabila keluar "check out".
 
5. Amalkan sikap berjimat cermat terhadap penggunaan elektrik dan air.
 
6. Peserta tidak dibenarkan merokok di PLGDP ini dan di unit kediaman.Risiko kebakaran atau kekotoran terhadap lagsir, tilam dan perabut adalah tanggungjawab penghuni berkenaan. Denda atau tindakan gantian akan dikenakan sekiranya berlaku.
 
7. Sebarang jenis minuman keras dan perjudian adalah dilarang sama sekali.
 
8. Pelawat atau saudara mara dibenarkan berada di kaawsan PLGDP sehingga jam 11.30 malam sahaja. Kafeteria sahaja).
 
9. Kunci kediaman hendaklah dikembalikan ke Pejabat Pengurusan semasa "check out". Kehilangan akan dikenakan bayaran ganti rugi.
 
10. Utamakan kebersihan dan keselamatan sepanjang berada di PLGDP ini. Jadikan ianya satu amalan dan tanggungjawab bersama.
 
"Kerjasama Penghuni Mematuhi Peraturan Penggunaan Kolej Kediaman Amat Dihargai Dan Diucapkan Jutaan Terima kasih"
 
 


 
 







































































































































































































































































































































































































































































































































































CARTA ORGANISASI
PUSAT LATIHAN GURU DALAM PERKHIDMATAN (PLGDP)
ZON TIMUR, SERI TUALANG
 

 
 KETUA PUSAT
EN. ABD BASIB BIN JABAL
 

 PENOLONG PEGAWAI TADBIR
EN. MOHD ZAHIR BIN AZMAN


                                                
    PEMBANTU TADBIR                                                 PEMBANTU TADBIR
CIK PUTERI RABIATUADAWIYAH        EN. ABDULLAH HAFIZ EZHAR AZMI
           BT MOHD JABARUDDIN
                   





























Friday, March 1, 2013

Sejarah Penubuhan PLGDP Zon Timur Seri Tualang
 
Penubuhan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) merupakan suatu peningkatan dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras Lima PIPP iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan bagi melahirkan guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) diberi tanggungjawab melalui PLGDP ini bagi melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ditempat yang lebih kondusif dan mempunyai ciri-ciri privacy tersendiri. 

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan KPM Bil.4/2007 bertarikh 12 Jun 2007 mencadangkan Kuaters Pendidikan Guru (KIP) yang tidak berpenghuni atau kekurangan penghuni diambil alih oleh Bahagian-Bahagian KPM untuk dijadikan pusat latihan guru.

Mesyuarat  yang diadakan pada 24 Jun 2009 di antara BPG bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran telah meluluskan pengambilalihan KIP Seri Tualang untuk dijadikan PLGDP Zon Timur.

Pada 17 Ogos 2009, majlis penyerahan kuasa telah diadakan di antara PPD Temerloh dengan Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan untuk kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai PLGDP Zon Timur.

PLGDP Zon Timur telah mula beroperasi secara rasmi pada 01 Mac 2010.